TEMPAHAN DITUTUP..!! UNTUK BULAN JANUARI INI.. akan dibuka sehingga diberitahu kelak...!!

CRAFT SUPPLY... (Kelengkapan Kraf)

Teringin nak berkraf.. tapi masih tercari-cari barangan kelegkapan kraf?? Jom jenguk ke ruang kelengkapan kraf JJ.

Kami menawarkan pelbagai barangan kelengkapan kraf buat anda yang ingin berkraf.. semua kelengkapan ini anda boleh rujuk ke ruang Supply Craft kami.. sila klik di --->SINI

Tempahan masih dibukaa...!!

Kepada anda yang berminat dengan barangan JJ Craft.. Kami masih menerima tempahan dari anda.. Sila ke --->ORDER FOAM

Monday 14 January 2013

Kelas Jahitan Kraf Sesi II Tahun 2013 (Pelajar Sekolah)


Assalamualaikum... Salam sejahtera semua.. Minggu lepas jj dah selesai buat kelas bersama kaum wanita di Hulu Bernam Selatan. Sambutan amat menggalakkan. Para peserta sungguh sporting... tak segan tak malu tak kekok berkongsi ilmu-ilmu kraf dan jahitan bersama jj. secara tidak langsung jj juga dapat ramai kenalan baru dalam kelas lepas.

Sehari selepas kelas tersebut, maklumbalas dari para peserta.

"j, ada kelas lagi tak?? anak akak nak masuk.."
"j.. ada kelas lagi tak..?? Adik teringin nak berkraf.."

Hmmm feedback yang sungguh tak disangka. Maka, atas pemintaan ramai, satu lagi kelas akan dijalankan khusus untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah. Syaratnya yang pernah pegang benang dan jarumlah. Kalau tak pernah pegang jenuh pulak nak ajar dari awal.

Untuk makluman semua, kelas berikutnya akan dijalankan pada :

Tarikh:
20 Jan 2013

Masa:
3.00 ptg- 6.00ptg

Tempat:
Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia

Modul:
1. Kerongsang
2. Penanda Buku

Bayaran : RM 10.00 sahaja


Kepada sesiapa yang berminat.. boleh sms nama anda  ke no jj 017-5661236 untuk sahkan penyertaan.. ataupun anda boleh hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia dan tinggalkan Nama serta No Hp anda.. 

Ingat..!! Tempat Terhad..!! 

Jumpa 20hb nanti ya..!! ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...