TEMPAHAN DITUTUP..!! UNTUK BULAN JANUARI INI.. akan dibuka sehingga diberitahu kelak...!!

CRAFT SUPPLY... (Kelengkapan Kraf)

Teringin nak berkraf.. tapi masih tercari-cari barangan kelegkapan kraf?? Jom jenguk ke ruang kelengkapan kraf JJ.

Kami menawarkan pelbagai barangan kelengkapan kraf buat anda yang ingin berkraf.. semua kelengkapan ini anda boleh rujuk ke ruang Supply Craft kami.. sila klik di --->SINI

Tempahan masih dibukaa...!!

Kepada anda yang berminat dengan barangan JJ Craft.. Kami masih menerima tempahan dari anda.. Sila ke --->ORDER FOAM

Tuesday 17 January 2012

Lagi-2 Sarung HP...

..Alhamdulillah... 
sudah berjaya menyiapkan sarung HP tempahan dari Kak Shiela... Harap2 akak sukala yer...

Kepada mereka yang lain yang ingin menempah sarung HP, sila emailkan maklumat berikut:
nama :
 alamat:
no fon:
alamat email:
barangan : jenis barang/ kuantiti serta saiz HP[panjang/lebar/tebal] **
                 ** cara untuk mengukur HP.. (kertas ini angap sbg HP)

Tempahan Brooch Bunga..

...Akhirnya... JJ berjaya siapkan tempahan dari rakan sekerja JJ, anum...

Harap2 awak suka dan berpuas hati la ek dengan hasil JJ ni... 
 Terima kasih kerana sudi menjadi customer JJ...

Monday 16 January 2012

Tempahan Sarung Hp

Tadda... tak sangka pulak.. ada yg berminat dengan sarung Hp yang JJ buat.. sebenarnya malu nak jual tapi dah ada yg kata "kemasla jas.. ok la ni.. cantik.. buatkan kat aku satu.!!" ngreee.. terus semangat nak menjahit..  
 so JJ pun jahitkanla sarung HP ni mengikut kehendak kawan JJ. dia nak sarung yg nipis tapi ada penutup.. JJ buat dengan dua layer bagi kukuh dan tahan lama.. Hiasannya pulak ada rama2  dua ekor berterbangan kat situ.. hiasan biasa2 jer..  so JJ buat la mcm dalam gambar ni..
code SHP 003 RM 6.90
 hmmm maafla.. gambarnya kurang jelas.. agaknya silap tekan kat kamera tu kot.. hihihi.. tapi inila hasil yang berjaya JJ buat. Khas untuk kawan JJ kat umah tu.. Kak Shiela..

Jika ada yang berminat boleh emailkan ke JJ di jjkraf@gmail.com atau SMS JJ ke no 017-5661236


Sarung Hp .. Kedua untuk JJ

..Taddaaa... JJ sudah menyiapkan sarung HP JJ yang kedua.. sarung ni JJ buat simple je.. tanpa ada tutupnya.. Tapi JJ buat dua layer tau kat dlm tu.. bg tahan lama sikit...

Jika ada sesiapa ynag berminat untuk jenis ini (sarung tanpa tutup).. bleh la emailkan ke JJ...
 Meh JJ senaraikan sikit ciri-ciri sarung HP ni.

1) Untuk Hp yang nipis..
2) Dua Layer ( bahagian hadapan dua lapis, belakang dua lapis)
3) Jahitan tangan sepenuhnya..
4) sedikit hiasan rama-rama..

Nak tengok cam mana rupa sarung tu.. sila cuci mata kat bawah ni....
code : SHP 002 (RM 5.90)
SET [sarung + aksesori] : RM 8.00

Haaa.. inila dia hasilnya.. hihihi malu pulak hp tak canggih..  Kalau ada ynag berminat.. Tempahan masih dibuka untuk anda.. Anda boleh terus hantarkan 

nama:
alamat:
no Fon :
alamat email:
Barangan : code dan kuantiti dan saiz HP [ panjang, lebar, tebal]

antarkan ke jjkraf@gmail.com

Sarung Hp.. pertama buat JJ

...Hai semua.. hari ni JJ nak tunjuk sikit.. sarung HP pertama yang JJ buat untuk diri sendiri.. Maklumla... Hp  tak canggih.. comot lak tu.. dah la gedabak besar... malu pulak... so, JJ try la buat sarung Hp ni untuk JJ sendiri.. Ini hasilnya..:
code : SHP 001 (RM 8.90)

Ini la sarung HP yang berjaya JJ buat untuk HP JJ.. Tapi mana ada org pakai HP setebal ini dah.. So, sebelum JJ bukak untuk jualan,  JJ cuba buat satu lagi sarung Hp JJ yang nipis n kecil pulak.. Tapi masih blom siap lagi.. On d Way... karang dah siap.. JJ tunjukkan k... Daaaa..

Sunday 15 January 2012

Lagi-lagi kerongsang bunga-bunga..!!!

Hai semua... Harini JJ memperkenalkan barang comel untuk anda semua... tak kira dari kanak-kanak sampaila belia dan dewasa.. semua boleh guna.. 

JJ dah siapkan satu lagi jenis kerongsang yang comel.. kerongsang bunga-bunga lagi ha.. ada mcm2 warna untuk anda.. setakat hari ini, JJ hanya keluarkan 5 jenis warna sahaja.. Jika berminat boleh emailkan ke JJ ok!!

 Jom2, jamu mata tengok pic nie..

5 jenis warna yang JJ sediakan.. bahagian belakangnya mcm kerongsang biasa.. bleh tengok kat gambar tu
code BR 005 (RM 2.80)
code BR 006 (RM 2.80)
code BR 007 (RM 2.80) SOLD OUT
code BR 008 (RM 2.80)
code BR 009 (RM 2.80)
4 = RM 10.00 (boleh campur2 warna)
Kepada mereka yang nak beli secara pukal pun boleh order kat JJ.. Krew-krew JJ bersedia menerima tempahan anda.. 

Thursday 12 January 2012

Gift Cumel2 dan Murah2

Hai semua..!! JJ muncul lagi dengan barangan cumel2 dari krew-krew kami. Kali ini JJ memperkenalkan hadiah cenderahati yang comel dengan harga yang berpatutan..
Ini antara hasil barangan cenderahati yang berjaya krew-krew JJ siapkan. Jom usyar2 ....




haaaa... Cam ner?? cumel tak?? Untuk pengetahuan semua, barangan ini boleh dibeli dengan tempahan secara pukal ataupun tempahan sikit2.... DEALER diperlukan untuk jualan barang ini. 
Ok untuk kali ni JJ perkenalkan barangannya dulu... Next time JJ akan bagtau detail barangan ini k.. dan JJ akan pamerkan pelbagai jenis barangan ini dengan harganya... 
Tungguuuu...!!

Sarung Pendrive

JJ perkenalkan pelbagai corak sarung pendrive cumel untuk anda.. Saiz mengikut standard saiz pendrive (cth dlm gambar)
 code PC 001 RM 4.00 3.50

Barangan ini mengandungi sarung pendrive hasil bahan dari kain felt, + tali untuk sambung ke pendrive + key chain ring (kot2 nak gantung buat key chain) ngreee...
Terdapat pelbagai jenis corak lagi, silala jamu mata yerr...
  code PC 002 RM 4.00 3.50
  code PC 003 RM 4.00 3.50
 code PC 004 RM 4.00 3.50

Tempahan Hiasan HP cumel..!!!

Sudah siap... Tempahan dari adik Najwa dan rakan2.. Hiasan Hdfon menarik untuk anda...

code HP 006, HP 007, HP 009  [1 = RM 2.50]
Kepada yang berminat, boleh order hiasan hdfon ini melalui email JJ. Belian secara pukal juga dibuat khas untuk mereka yang ingin menjadi DEALER JJ...!!

Gantung2 di handfon..!!!

..JJ perkenalkan satu lagi hiasan hendfon yang cumel untuk anda.  Taaaddaaaa...!! inilah hasil yang comel itu.. jika berminat sila email JJ k!! belian secara pukal juga dijual di sini...


code HP 005  [1 = RM 1.90]

Jika berminat bleh emailkan ke jjkraf@gmail.com ok.!!

Monday 9 January 2012

Hiasan cumel pada Hdfon Anda..

Jom hiaskan hdfon kiut anda dengan aksesori yang kiut miut dan murah2.. JJ sudah menyediakan barangan kraf yang cumel buat anda.. Sila cuci mata..!!
code : HP 001 (RM 1.50)
code : HP 002 (RM 1.50)
code : HP 003 (RM 1.50)
code : HP 004 (RM 1.50)

Sunday 8 January 2012

Nak tau cerita tak..??? Mcm mana JJ bermula..

Alkisahhh... tersebutlah kisahhh.... hahaha..
Mula terdetik minat kraf2 ni bila terbaca dalam majalah... duk baca ruang kraf, buat aksesori hp (benda yg duk gantung2 di handset tu) Time tu teringin sungguh2 nk buat  benda tu.. tak reti menjahit pun nak try jugak.. Kata org :Blom coba blom tau noo... So pujukla En Eceben ku itu untuk mencari bahan-bahan menjahit. Ntah mana2 ntah dia cari kain felt tu, gunting,  jarum n benang.. Semua benda baru sbb tak pernah menjahit..

So... bila dah dapat bahan-bahan tu JJ pun mulala langkah pertama, terhegeh2 nak menjahit.. rujuk kat majalah tu la... last2... taddaaa..... menjadi jugak walaupun kureng kemas... Inila hasil pertama JJ..

Hasil kraf JJ ni, JJ tak jual... simpan buat kenangan.. sbb ini yang pertama dalam seumur hidup ni.. Nak tau cerita, pastu JJ mula buat ikut selera sendiri pulak. Mulala mencipta mcm yang kiut miut. Lepas dah tau buat segala bentuk, JJ cuba buat tulisan pulak.. Akhirnya dapatla hasil yang ini....
Dan hasil yang ini JJ telah hadiahkan untuk teman JJ yang kebetulan akan letak jawatan kat ofis dia tu.. Hmmm sedey betulla kawan-kawan nak meninggalkan kita kan?? So JJ hadiahkan aksesori hdfon ni tuk dia.. "PJK" bermasud Pusat Jalur Lebar Komuniti .. Inila jugak ofis JJ sekarang cuba JJ ni keje kat lain cawangan..
K, sambung cerita balik, JJ packingla hadiah cumel ni mcm dlm gmbar ni.....




Lepas kejadian ni, JJ makin bersemangat dan terus menjahit barang comel2 ni dan permintaan dari rakan-rakan sekeliling juga bertambah.. Syukur... Alhamdulillah.. kini, JJ masih lagi meneruskan perjuangan ini (aiseh) dan akan terus mencipta barangan kiut miut untuk anda semuaaa...!!!


Lagi-lagi sepit rambut kiuttt..!!!

lagiHai semua... Hari ni JJ nak tunjukkan beberapa barang comel untuk anda. Semala JJ dah siapkan sepit-sepit rambut comel ni.. Sebelum ni ada dah JJ jual kat budak2 comel kat tempat keje JJ, so yang ni JJ buat yang lain pulak untuk anda semua..
 So, ini je yang JJ sempat buat.. Ada 3 design ni.. Sila cuci mata.. jika berminat, bleh emailkan ke JJ .. ok!

Sepasang  RM 3.00
 RM 2.00
 RM 2.00

Saturday 7 January 2012

Getah Rambut yang comelll..!!

Hai semua...!!! Selamat datang ke blog JJ. Harini JJ nak perkenalkan aksesori rambut yang sesuai untuk kanak-kanak dan budak-budak sekolah.. Orang besar pun leh pakaila.. tak salah.. nak nampak cumel2 sikit.. hihiihihi...
Ni haa... getah rambut berbunga yang kiut miut.

 code : GR 001 RM 2.00
 code : GR 002 RM 2.00

Kerongsang ala munga-mungaaa....!!

Mai cek oii... mai tengok..!!! kerongsang ala munga munga... hihihi..
Hmm.. rupa bunga mcm bunga ros.. tapi ntah la jadi bunga ros ke bunga lain kew.. Untuk awal bulan ni hanya 4 warna ini sahaja yang JJ keluarkan. saiznya agak2 besar sikit dari lima kupang (50 sen).. hihihih
Cer tengok, untuk pin nya pulak mcm yang JJ tunjuk dlm gambar tu.. mcm pin brooch biasala.. Sesuai jadikan kerongsang sisip di bahagian bahu, letak kat kepala mcm pelik sikitla.(bagi cadangan je). Jom kita tengok2 cuci mata sama-sama. manala tau kot2 ada yang berkenan di hati... Jom.



 code BR 001 (RM 3.50 2.80)
  code BR 002 (RM 3.50 2.80)
  code BR 003 (RM 3.50 2.80)
 code BR 004 (RM 3.50 2.80)

Semua barangan ini masih ada dalam stok. Siapa cepat dia dapat..!!  Jika anda berminat dengan barangan ini, anda boleh emailkan 
nama:
Alamat:
No fon :
Alamat Email :
Baranagn : (code dan kuantiti)

 hantarkan ke jjkraf@gmail.com 

Terima Kasih sbb sudi menjengah ke blog JJ.. Jumpa lagi..!!

Thursday 5 January 2012

Sepit Rambut Kiut Miut..!!

Jeng jeng jeng...!!! Sepit rambut  rame-rame telah siap..!! Barang kraf ni, JJ siapkan masa dok tengok tv... sambil2 iklan tu,  menjahitla sikit2.. klu tak menjahit mesti dh lama JJ tido.. hahahaha... mujurla tak tido dapat buat sepit rambut comel ni... tadaaaa..!!

Hmmm, amacam?? ok tak?? maklumla budak baru belajar ni, kadang2 ada gak yg cacat celanya..  tapi kalau ada yang berminat nak order, bleh teruskan niat sbb barang ni masih belum sold out lg... ada lagi dalam simpanan JJ..  jika minat silalah jamu mata anda dan mulakan pilihan...
 code : SR 001  RM 2.50 2.00
  code : SR 002  RM 2.50 2.00
  code : SR 003 RM 2.50 2.00
  code : SR 004  RM 2.50 2.00
 code : SR 005 RM 2.50 2.00

Hadiah cumel untuk Kenduri

..Alhamdulillahh... semua sudah selesai.. hujung tahun 2011 memang amat mencabar minda.. Mz JJ tercabar u..!! kena siapkan beratus2 tempahan key chain comel untuk dijadikan gift kenduri.. hmmm hujung tahunkan ramai org nak kawan.. so, banyakla benda nak disiapkan... Mujur sempat buat.. ini contoh beberapa key chain yang Mz JJ dah buat. Ok tak?

Lepas dah siapkan demonya.. Mz JJ bertungkus lumus siapkan yang lain-2 pulak.. Fuh.. lenguh tangan JJ u.!.. Tapi lega sebb akhirnya JJ dapat siapkan jugak semua tempahan ni.. tadaaa..!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...