TEMPAHAN DITUTUP..!! UNTUK BULAN JANUARI INI.. akan dibuka sehingga diberitahu kelak...!!

CRAFT SUPPLY... (Kelengkapan Kraf)

Teringin nak berkraf.. tapi masih tercari-cari barangan kelegkapan kraf?? Jom jenguk ke ruang kelengkapan kraf JJ.

Kami menawarkan pelbagai barangan kelengkapan kraf buat anda yang ingin berkraf.. semua kelengkapan ini anda boleh rujuk ke ruang Supply Craft kami.. sila klik di --->SINI

Tempahan masih dibukaa...!!

Kepada anda yang berminat dengan barangan JJ Craft.. Kami masih menerima tempahan dari anda.. Sila ke --->ORDER FOAM

Tuesday 27 December 2011

Template Bintang


Haii... pada mereka yang memerlukan template berbentuk bintang.. boleh copy paste template ni.. Print.. dan potong untuk jadikan template kraf anda.. Selamat Berkraf..


Friday 23 December 2011

Tutorial Bintang


Bahan-bahan yang diperlukan :

Kain Felt warna Putih
Kain Felt warna kuning/oren
Jarum
Benang
Gunting
Pensel
Hiasan : manik panjang dan bulat kecil
Template bentuk bintang (besar dan kecil) 

Berikut adalah cara-cara untuk membuat Felt Bintang...:


Langkah 1:
Sediakan 2 keping kain felt putih berbentuk bintang
1 keping kain flet oren berbentuk bintang
1 keping kain felt bintang kecil




Langkah 2:

Susun kain felt kuning dan felt bintang putih yang kecil. sematkan dengan jarum peniti seperti di dalam gambar.


Langkah 3: 
Kemudian jahitkan bahagian tepi bintang kecil itu dengan jahitan insang pari
hiaskan bahagian tengah bintang dengan manik-manik


Langkah 4:
Hiaskan bintang kuning dengan hiasan manik seperti di dalam gambar.


Langkah 5:
Kemudian susun kain felt berwarna putih di bawah felt kuning dan jahitkan dengan jahitan insang pari. kemaskan seperti di bawah.


Langkah 6: 
Kemudian jahitkan 1 lagi bahagian felt putih di belakangnya.. gabungkan bersama dan buat jahitan insang pari di sekeliling bintang putih itu.. bahagian atas bintang di jahit dengan tali supaya mudah untuk meletakkan ring key chain.. Taaaaraaa.... siapp..!!









Monday 5 December 2011

Tutorial Biskut

Bahan-bahan membuat Biskut :

Kain felt warna krim2 coklat
felt putih
benang bermacam-mcam warna



Ini Langkah-langkah untuk membuat biskut felt.. ihhiih

Langkah 1:

Tekap bentuk biskut... dan gunting.. pastikan ada dua bahagian..


Potong felt putih untuk dijadikan laipsan dalam biskut


Kemudian letak bahagian belakang biskut . felt putih tadi ditengah-tengah dan mula menjahit insang pari



Teruskan jahitan di sekeliling biskut...


Hingga jadi mcm ni...



Pastu potong felt putih untuk buat topping biskut


Dan jahitkan benang warna warni... nampak mcm coklat urai tabur kan??




Boleh juga buat topping biskut ni warna merah macam dalam gambar di bawah nie...
Beginilah rupa bahagian belakang topping biskut tu.. Serabutkan??? hihihihi..

Pastu leh la cover yg serabut tu dengan selapis lagi kain felt putih.. gamkan aje.





 Bila dah siap, tinggal gam aje kat atas biskut tadi...

Inilah hasilnyaaa...!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...