TEMPAHAN DITUTUP..!! UNTUK BULAN JANUARI INI.. akan dibuka sehingga diberitahu kelak...!!

CRAFT SUPPLY... (Kelengkapan Kraf)

Teringin nak berkraf.. tapi masih tercari-cari barangan kelegkapan kraf?? Jom jenguk ke ruang kelengkapan kraf JJ.

Kami menawarkan pelbagai barangan kelengkapan kraf buat anda yang ingin berkraf.. semua kelengkapan ini anda boleh rujuk ke ruang Supply Craft kami.. sila klik di --->SINI

Tempahan masih dibukaa...!!

Kepada anda yang berminat dengan barangan JJ Craft.. Kami masih menerima tempahan dari anda.. Sila ke --->ORDER FOAM

Sunday, 8 January 2012

Nak tau cerita tak..??? Mcm mana JJ bermula..

Alkisahhh... tersebutlah kisahhh.... hahaha..
Mula terdetik minat kraf2 ni bila terbaca dalam majalah... duk baca ruang kraf, buat aksesori hp (benda yg duk gantung2 di handset tu) Time tu teringin sungguh2 nk buat  benda tu.. tak reti menjahit pun nak try jugak.. Kata org :Blom coba blom tau noo... So pujukla En Eceben ku itu untuk mencari bahan-bahan menjahit. Ntah mana2 ntah dia cari kain felt tu, gunting,  jarum n benang.. Semua benda baru sbb tak pernah menjahit..

So... bila dah dapat bahan-bahan tu JJ pun mulala langkah pertama, terhegeh2 nak menjahit.. rujuk kat majalah tu la... last2... taddaaa..... menjadi jugak walaupun kureng kemas... Inila hasil pertama JJ..

Hasil kraf JJ ni, JJ tak jual... simpan buat kenangan.. sbb ini yang pertama dalam seumur hidup ni.. Nak tau cerita, pastu JJ mula buat ikut selera sendiri pulak. Mulala mencipta mcm yang kiut miut. Lepas dah tau buat segala bentuk, JJ cuba buat tulisan pulak.. Akhirnya dapatla hasil yang ini....
Dan hasil yang ini JJ telah hadiahkan untuk teman JJ yang kebetulan akan letak jawatan kat ofis dia tu.. Hmmm sedey betulla kawan-kawan nak meninggalkan kita kan?? So JJ hadiahkan aksesori hdfon ni tuk dia.. "PJK" bermasud Pusat Jalur Lebar Komuniti .. Inila jugak ofis JJ sekarang cuba JJ ni keje kat lain cawangan..
K, sambung cerita balik, JJ packingla hadiah cumel ni mcm dlm gmbar ni.....




Lepas kejadian ni, JJ makin bersemangat dan terus menjahit barang comel2 ni dan permintaan dari rakan-rakan sekeliling juga bertambah.. Syukur... Alhamdulillah.. kini, JJ masih lagi meneruskan perjuangan ini (aiseh) dan akan terus mencipta barangan kiut miut untuk anda semuaaa...!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...