TEMPAHAN DITUTUP..!! UNTUK BULAN JANUARI INI.. akan dibuka sehingga diberitahu kelak...!!

CRAFT SUPPLY... (Kelengkapan Kraf)

Teringin nak berkraf.. tapi masih tercari-cari barangan kelegkapan kraf?? Jom jenguk ke ruang kelengkapan kraf JJ.

Kami menawarkan pelbagai barangan kelengkapan kraf buat anda yang ingin berkraf.. semua kelengkapan ini anda boleh rujuk ke ruang Supply Craft kami.. sila klik di --->SINI

Tempahan masih dibukaa...!!

Kepada anda yang berminat dengan barangan JJ Craft.. Kami masih menerima tempahan dari anda.. Sila ke --->ORDER FOAM

Friday, 23 December 2011

Tutorial Bintang


Bahan-bahan yang diperlukan :

Kain Felt warna Putih
Kain Felt warna kuning/oren
Jarum
Benang
Gunting
Pensel
Hiasan : manik panjang dan bulat kecil
Template bentuk bintang (besar dan kecil) 

Berikut adalah cara-cara untuk membuat Felt Bintang...:


Langkah 1:
Sediakan 2 keping kain felt putih berbentuk bintang
1 keping kain flet oren berbentuk bintang
1 keping kain felt bintang kecil




Langkah 2:

Susun kain felt kuning dan felt bintang putih yang kecil. sematkan dengan jarum peniti seperti di dalam gambar.


Langkah 3: 
Kemudian jahitkan bahagian tepi bintang kecil itu dengan jahitan insang pari
hiaskan bahagian tengah bintang dengan manik-manik


Langkah 4:
Hiaskan bintang kuning dengan hiasan manik seperti di dalam gambar.


Langkah 5:
Kemudian susun kain felt berwarna putih di bawah felt kuning dan jahitkan dengan jahitan insang pari. kemaskan seperti di bawah.


Langkah 6: 
Kemudian jahitkan 1 lagi bahagian felt putih di belakangnya.. gabungkan bersama dan buat jahitan insang pari di sekeliling bintang putih itu.. bahagian atas bintang di jahit dengan tali supaya mudah untuk meletakkan ring key chain.. Taaaaraaa.... siapp..!!









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...